RENUNGAN
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.
"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.
4 comments:
hi...
terbaik...:)
Tahniah..blog yang menarik dan penuh perisian.
Assalamualaikum..
Terima Kasih memberi peringatan serta keinsafan dalam melayari kehidupan..Sebagai hamba kadang-kadang kita alpa dan lupa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan...Sama-samalah berdoa semoga keimanan sentiasa dihati..
Post a Comment